Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kawalan keselamatan dipertingkat di semua kawasan: Pesuruhjaya Polis Sabah

Jalaluddin Abdul Rahman (duduk) menandantangani buku lawatan Balai Polis Daerah Kecil Kemabong. - foto Kalawon Sawing
Jalaluddin Abdul Rahman (duduk) menandantangani buku lawatan Balai Polis Daerah Kecil Kemabong. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Tahap keselamatan di negeri ini terutamanya di persisiran pantai yang berisiko tinggi berlakunya kejadian jenayah akan terus dipertingkatkan.

Menegaskan perkara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, langkah itu akan memastikan pencerobohan pengganas dari Selatan Filipina tidak berulang dan penculikan yang kerap berlaku yang boleh menguggat keamanan sejagat dapat dibendung.

“Sekarang juga kita pertingkat tahap keselamatan di negeri ini agar perkara itu tidak lagi berulang dan saya meminta semua pegawai polis dan pihak berkuasa lain agar sentiasa bersiap sedia dalam menangani perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Daerah Kecil Kemabong, di sini semalam.

Jalaluddin berkata, kawalan keselamatan bukan sahaja dipertingkatkan di kawasan Pantai Timur tetapi juga di kawasan Pantai Barat dan seluruh negeri ini termasuk kawasan Pedalaman.

Mengulas berhubung pembebasan Lans Koperal Zakiah Aliep yang diculik oleh penganas Selatan Filipina, beliau berkata, pihak polis bersama kerajaan melakukan pelbagai usaha untuk membebaskannya dan kini beliau dalam keadaan selamat.

“Semalam kita sudah hantar sepasukan penyelamat untuk mengambil beliau dan kini dalam keadaan selamat bersama pangkuan keluarga,” ujarnya.

Mengenai kewujudan Balai Polis Daerah Kecil Kemabong, Jalaluddin berkata, ia memenuhi permintaan beberapa pihak khususnya masyarakat ini meskipun rekod kadar jenayah di kawasan ini yang terendah sekali di negeri ini.

Katanya, balai polis di kawasan ini juga perlu memandangkan ia semakin maju dan berkembang pesat dengan penduduknya dianggarkan seramai 29,000 orang dengan keluasan hampir 12,000 meter persegi.

Balai Polis Daerah Kecil Kemabong itu terletak kira-kira 31 kilometer dari Pekan Tenom, yang kini mula beroperasi 24 jam sejak 1 Febuari lepas menempatkan seramai tujuh anggota polis. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan