Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kawalan keselamatan di Penempatan Telipok terus dipertingkatkan

7:41pm 28/02/2016 Leolerry Lajius 1250 views Jenayah,Tempatan
Rashid beramah mesra bersama penduduk di kawasan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Rashid beramah mesra bersama penduduk di kawasan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan akan terus memastikan keselamatan di negeri ini sentiasa terjamin dengan mengadakan pelbagai operasi seperti yang dilakukan di Kawasan Penempatan Telipok, hari ini.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun, program Gotong-royong Perdana Penempatan Telipok  tersebut yang merupakan program susulan sejak 13 Januari yang lalu merupakan usaha untuk membendung anasir yang boleh menggugat keselamatan dan yang cuba menggugat kedaulatan undang-undang negara.

“Pasukan keselamatan serius untuk memastikan keselamatan terus terjamin dan operasi ini adalah bagi memastikan keselamatan di kawasan penempatan Telipok yang dikatakan kawasan yang tidak boleh dimasuki terus dipertingkatkan,”katanya ketika sidang media selepas program tersebut.

Rashid bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman ketika program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Rashid bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman ketika program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Tambah beliau, program seumpama itu akan diteruskan ke penempatan yang lain di masa akan datang bagi memastikan keselamatan dan kebersihan di penempatan-penempatan tersebut sentiasa terjamin.

Beliau turut menggesa agar penduduk yang tinggal di kawasan tersebut mengadakan perbincangan bagi tujuan mendirikan sebuah surau yang utama menggantikan empat buah surau yang digunakan ketika ini yang mana tiga daripadanya digunakan untuk solat jumaat.

“Pembinaan sebuah surau yang utama di tempat ini yang mempunyai lebih kurang dua ribu buah  rumah adalah penting bagi menglelakkan unsur-unsur negatif yang akan masuk jika mereka berpecah-pecah,”katanya.

Rashid (tengah) ketika membuat rondaan di kawasan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Rashid (tengah) ketika membuat rondaan di kawasan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan tersebut, pihak polis juga turut melakukan rondaan setiap hari dan operasi sebelum ini pada 13 Januari lalu telah menahan enam orang suspek yang ditahan di bawah SOSMA dan yang terkini tangkapan terhadap suspek yang memiliki senjata api.

Operasi yang turut disertai oleh pihak Jabatan Kesihatan itu mendapati kawasan tersebut juga dikesan mempunyai pembiakan nyamuk Aedis dan dua buah rumah juga telah ditanda oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bagi tujuan di robohkan.

Seramai 1,085 orang anggota yang terlibat dalan operasi tersebut yang melibatkan pelbagai agensi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Gotong-royong bersama penduduk di kawasan penempatan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Gotong-royong bersama penduduk di kawasan penempatan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan