Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KAWALAN DITINGKATKAN BENDUNG BOM IKAN DAN LANGGAR SYARAT SAH LESEN

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM MALAYSIA) akan mempertingkatkan kawalan di perairan Sabah dalam usaha mengurangkan aktiviti melanggar syarat sah lesen serta penggunaan bahan letupan untuk menangkap ikan.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Muda (M) Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata setakat ini pihaknya merekodkan tangkapan berterusan atas kesalahan ini.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Muda (M) Datuk Mohd Zubil Mat Som. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Sehingga penghujung September tahun ini, kita merekodkan 10 tangkapan di Zon Maritim di sini manakala lapan tangkapan di Zon Maritim Kudat berkenaan kesalahan melanggar syarat sah lesen.

“Kesalahan ini termasuklah pencerobohan bot nelayan negara asing dan pelanggaran lesen menangkap ikan yang dikeluarkan terhadap mereka bagi menjalankan aktiviti perikanan di Sabah.

“Kita juga memandang serius aktiviti menangkap ikan oleh bot nelayan tempatan sejauh tiga batu nautika dari dataran khususnya di Kudat, Kota Belud, dan Papar serta di Lok Pisuk, Tuaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Zubil juga berkata pihak Maritim Malaysia turut menumpukan kesalahan seperti pelanggaran undang-undang di perairan Sabah dan Labuan termasuk penggunaan bahan letupan .

“Penggunaan bom ikan boleh memusnahkan batu karang dan hidupan laut lain jika dilakukan secara kerap selain mendatangkan bahaya kepada penyelam,” katanya.

Pihak Maritim Malaysia akan melakukan rondaan berterusan bagi menentukan kesejahteraan komuniti maritim khususnya bot nelayan dan pengusaha bot pelancong agar aspek keselamatan di laut sentiasa terjaga. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan