Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kawalan balai polis di Kota Kinabalu dipertingkat

ANGGOTA polis lengkap bersenjata buat rondaan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. - Foto Mohd Adam Arinin
ANGGOTA polis lengkap bersenjata buat rondaan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. – Foto Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Polis mengetatkan kawalan dengan menempatkan anggota bersenjata di balai polis sekitar Kota Kinabalu bagi meningkatkan tahap keselamatan balai.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata latihan asas turut diberi kepada anggota untuk bertindak sepantas mungkin menangkis ancaman ke atas keselamatan balai polis.

Beliau berkata, ia sekali gus dapat menilai tahap disiplin dan kesiapsiagaan anggota ditugaskan.

“Keadaan keselamatan semasa daerah Kota Kinabalu adalah terkawal. Bagaimanapun, polis tetap meningkatkan tahap kawalan keselamatan dengan menempatkan anggota bersenjata di balai polis.

“Orang ramai jangan gusar dengan situasi ini kerana ia adalah prosedur meningkatkan kawalan keselamatan di balai polis sekitar Kota Kinabalu.

“Pada masa sama, orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan melalui media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab kerana kawalan keselamatan bersenjata api oleh anggota keselamatan adalah mengikut arahan keselamatan balai polis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan