Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kaut untung pil maut

8:44am 11/03/2016 Pak Roshan 3 views Global
Cheng

Cheng

New York: Seorang pelajar warga China dipenjara 16 tahun selepas cuba membeli racun ricin untuk meraih keuntungan menjualnya sebagai ‘pil kematian ringkas dan mudah.’

Mahkamah Persekutuan Manhattan menjatuhkan hukuman itu terhadap Cheng Le, 22, pelajar di Universiti New York, selepas didapati bersalah oleh juri pada Ogos lalu atas tuduhan cuba membeli ricin itu.

Ricin toksin maut tanpa penawar dengan jumlah lebih kecil daripada secubit garam mampu membunuh seseorang.

Menurut Hakim Alison Nathan, kesalahan dilakukan tertuduh adalah dahsyat, serius dan agak menakutkan, seterusnya memerlukan hukuman yang lebih berat.

Tiada siapa yang cedera dalam cubaannya itu kerana Cheng berjaya dipintas secara atas talian oleh penyiasat selepas dijejak di laman web yang digunakan untuk penjualan jenayah.

Bukti salah laku Cheng dikemukakan dalam perbicaraan termasuk kenyataan bertulisnya mengenai memperoleh ricin daripada anggota risikan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dengan kata-kata: “Jika anda boleh menjadikannya pil kematian yang ringkas dan mudah, ia pasti laris.

“Saya akan mencuba kaedah baru pada masa hadapan. Lagipun, saya hanya menjual kematian dan lebih baik lagi jika ia bebas risiko dan berkesan.”

Cheng ditahan pada Disember 2014 selepas pendakwa berkata, dia menghubungi seorang anggota risikan FBI secara atas talian menggunakan perkhidmatan mesej sulit bertanya mengenai penjualan ricin.

Menurut pihak berkuasa, Cheng memakai sarung tangan getah ketika pergi ke pejabat pos untuk mendapatkan penghantaran palsu ‘pil’ itu.

Sementara itu, peguam Cheng, Patrick Brackley menggesa hukuman ringan dikenakan terhadap anak guamnya dan memetik surat keluarga Cheng yang menyifatkan mereka tidak matang ketika pergi ke Amerika Syarikat (AS) untuk belajar fizik di unversiti berkenaan.

Penolong Peguam Negara AS, Ilan Graff bagaimanapun menegaskan jenayah Cheng serius, merisaukan dan menakutkan.

“Defendan merancang meraih untung daripada pembunuhan,” katanya.

Sementara itu, Cheng mengaku menyesal.

“Setiap hari saya memikirkan mengenai kesilapan yang sudah saya lakukan,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan