Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kaum Rungus Wajar Diberi Tambahan Kerusi Dun – Presiden Samora

9:51pm 02/08/2016 Pak Roshan 148 views Berita Pilihan,Mutakhir,Politik
Dari Jelani Hamdan

Datuk Jelani Hamdan

KOTA KINABALU : Kaum Rungus yang merupakan satu daripada etnik di Sabah wajar diberi tambahan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora), Datuk Jelani Hamdan.

Jelani yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong berkata seorang senator daripada kaum berkenaan juga wajar dipertimbangkan untuk dilantik bagi mewakili komuniti itu di peringkat pusat.

“Sekurang-kurangnya dua kerusi di peringkat DUN dan satu senator di Parlimen perlu diperuntukkan kepada kaum Rungus,” katanya dalam kenyataan hari ini sebagai mengulas cadangan tambahan kerusi DUN Sabah berikutan proses persempadanan semula yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah, Datuk Idrus Ismail sebelum ini dipetik sebagai berkata pihaknya menyerahkan kepada DUN Sabah untuk membahaskan mengenai berapa banyak kerusi yang akan diwujudkan di negeri berkenaan.

Sabah dijangka akan menambah antara 11 atau 13 kerusi DUN baharu jika rang undang-undang mengenainya diluluskan pada persidangan DUN minggu depan.

Jelani berkata DUN Banggi wajar disempadankan menjadi dua DUN iaitu Banggi dan Kanibongan dan sekiranya ia dilakukan Kanibongan amat bertepatan untuk diserahkan kepada kaum Rungus.

Katanya kawasan Parlimen Kota Marudu sesuai diwakili oleh sama ada kaum Rungus, Kimarangang atau Tobilung.

“Komuniti Rungus kini mempunyai lebih 150 ribu orang. Justeru adalah wajar beberapa kerusi DUN baharu yang akan diwujudkan diwakili oleh kaum Rungus,” tegasnya.

Jelani juga menyokong penuh pengembalian semula kerusi DUN Langkon yang dimansuhkan sebelum ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan