Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,521

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kaum ibu rusuh bakar arak

10:42am 27/03/2017 Pak Roshan 13 views Global

WANITA terbabit berhimpun di luar kedai berkenaan. – Agensi

Haryana (India) : Kaum ibu di sebuah kampung yang berang apabila lelaki dalam keluarga mereka sering pulang ke rumah mabuk dan menghabiskan wang untuk membeli arak bertindak merusuh dan menyerang kedai menjual minuman berkenaan untuk menghalau pemiliknya dari kampung itu.

Kumpulan wanita terbabit menyerang kedai menjual minuman keras di kampung itu dan mula membaling kotak mengandungi arak ke jalan raya sebelum membakarnya, menyebabkan pemiliknya segera menutup kedai untuk menyelamatkan diri.

Malah wanita terbabit turut menyerang beberapa lelaki mabuk yang cuba mencuri botol mengandungi arak yang dibuang ke jalan raya untuk dibakar.

Kumpulan berkenaan menuduh penjual arak itu membuat perjanjian dengan semua kedai di kampung berkenaan untuk membekalkan minuman keras secara haram bagi meningkatkan jualannya.

Seorang daripadanya, Savitri Devi berkata: “Setiap kedai menjual arak. Kaum lelaki menjual tanaman yang kami hasilkan dan makanan harian semata-mata mahukan bahan berkenaan.

 “Habis susu, gandum atau makanan lain dijual sebaik kami keluar dari rumah kerana digunakan untuk membeli arak. Wang yuran sekolah anak atau membeli ubat-ubatan juga lenyap.”

Seorang lagi wanita turut mengadu yang gadis di kampung itu sering diganggu dan dicabul lelaki mabuk.

Kumpulan wanita itu menyekat jalan di kampung berkenaan selama beberapa jam sebelum ditenangkan seorang pemimpin setempat, Ram Chander Jangra, yang kebetulan melalui kawasan terbabit serta menjanjikan membawa perkara itu kepada pihak berwajib. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda