Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kate hamil anak kedua

kate

LONDON: Duchess of Cambridge, isteri Putera William semalam disahkan hamil anak kedua dan kini dirawat kerana alah mengandung yang teruk.

Pegawai di Clarence House, pejabat pasangan berkenaan berkata, William dan isterinya, Kate Middleton serta keluarga mereka begitu gembir dengan khabar berkenaan.

Menurutnya, Kate kini dirawat di Istana Kensington kerana alahan mengandung yang teruk.

Dia pernah dimasukkan ke hospital kerana masalah sama ketika mengandungkan Putera George yang lahir pada Julai tahun lalu.

Dalam kenyataannya, Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, beliau turut gembira menerima khabar itu.

Bayi berkenaan akan menduduki tangga keempat senarai pewaris takhta Britain, sekali gus meletakkan bapa saudaranya, Putera Harry di tempat kelima.

Putera George menduduki tangga ketiga dan berkemungkinan menjadi raja Britain satu hari nanti. – AP

Komen


Berita Berkaitan