Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,775

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kasut boleh makan

8:17am 30/11/2016 Pak Roshan 8 views Global
MACAM betul, kasut yang dibuat daripada coklat. - Agensi

MACAM betul, kasut yang dibuat daripada coklat. – Agensi

Tokyo: Nampak begitu realistik dan boleh terus disarungkan serta dipakai, namun kasut yang kelihatan seperti buatan kulit ini sebenarnya dibuat daripada coklat dan harganya jauh lebih mahal daripada kasut biasa.

Dengan hiasan dilengkapi kelim, tapak dan tali kasut, kasut coklat berkenaan nampak hidup dan tidak ubah seperti kulit berwarna coklat.

Rangkaian kasut coklat ‘Gentleman’s Radiance’ itu dihasilkan pakar coklat, Motohiro Okai dari butik coklat L’éclat di Hotel Rihga Royal di Osaka.

Setiap ‘kasut kulit’ berukuran sepanjang 26 sentimeter dan dibuat sepenuhnya daripada coklat, termasuk pelapik dalam dan tali kasut.

Kasut itu boleh didapati dalam tiga rona perang cerah, gelap dan kemerah-merahan selain turut nampak berkilat seperti kulit asli. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan