Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kastam sumbang kenderaan pacuan empat roda dan sebuah motosikal kepada YNJ

Kelihatan Janathan menunjukkan model motorsikal jenis 'quad bike' kepada Tun Juhar
Janathan menunjukkan model motorsikal jenis ‘quad bike’ kepada Tun Juhar

KOTA KINABALU- Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah menyumbangkan dua buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah motosikal jenis ‘quad bike’ kepada Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Pengarahnya, Datuk Dr. Janathan Kandok berkata sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat jabatan.

“Yayasan ini merupakan sebuah yayasan yang sangat aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti amal yang membantu golongan yang memerlukan.

“Kita difahamkan juga bahawa aktiviti mereka meliputi seluruh pelusok daerah. Jadi, kita berharap sumbangan ini dapat memudahkan lagi pergerakan yayasan pada masa depan,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan kepada YNJ di Istana Negeri, pagi tadi.

Pada majlis itu, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Datuk Mahiruddin selaku Penaung serta isteri yang juga Penasihat YNJ, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni hadir menyaksikan penyerahan tersebut.

Hadir sama Pengerusi YNJ, Al Hambra Tun Juhar serta Ahli-ahli Jawatankuasa dan para pegawai kanan jabatan berkenaan.- SayangSabah

Tun Juhar menyampaikan cendera kenangan kepada Janathan (kanan) sebagai tanda penghargaan.
Tun Juhar menyampaikan cendera kenangan kepada Janathan (kanan) sebagai tanda penghargaan.

Komen


Berita Berkaitan