Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kastam Sabah tidak berniat menyusahkan pengimport dan peniaga

3:26pm 04/10/2016 Leolerry Lajius 81 views Tempatan

KOTA KINABALU: “Kastam Sabah tidak berniat menyusahkan pengimport dan peniaga atas penahanan kontena-kontena di Pelabuhan Sepanggar.”

Demikian ungkapan Pengarah Kastam Negeri Sabah Dato’ Dr. Janathan Kandok, ketika  mengulas kenyataan akhbar oleh Ketua Bahagian UMNO Penampang, Datuk John Ambrose yang tersiar dalam akhbar The Borneo Post, muka surat 6 bertarikh 4 Oktober 2016.

Pada Ogos dan September lalu, Kastam Sabah telah menahan sementara beberapa kontena terpilih untuk tujuan pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar kerana disyaki melanggar Akta dan Peraturan Kastam.

“Hasil pemeriksaan didapati 90% kontena tersebut mengandungi barangan yang memerlukan permit import yang gagal dikemukakan oleh pengimport,”katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Beliau turut menyatakan bahawa, kontena-kontena tersebut diperiksa oleh kastam dalam tempoh yang munasabah dan kontena yang didapati tidak melanggar sebarang kesalahan, dilepaskan serta-merta selepas proses perkastaman selesai.

“Menurut semakan atas dokumen kontena yang diperiksa, kontena yang tidak melakukan kesalahan tidak mengandungi perishable goods,”katanya.

Tambah beliau, Kastam Sabah juga tidak menerima sebarang aduan atau rungutan daripada pengimport yang mengatakan kontena yang ditahan mengandungi barangan mudah rosak.

“Mengikut prosedur kastam, barangan mudah rosak akan diberikan pelepasan perkastaman dengan segera untuk mengelakkan kerosakan barangan tersebut,”katanya./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan