Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kastam Sabah Sasar Kutip RM1.2b Cukai Di Bawah GST

gstsabah-600x367

KOTA KINABALU – Kastam Sabah menyasarkan kutipan cukai berjumlah RM1.2 bilion di bawah sistem percukaian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuat kuasa bulan depan.

Pengarah Kastam Sabah, Datuk Dr Janathan Kandok berkata sasaran itu lebih tinggi berbanding kutipan cukai tahun lepas di bawah sistem cukai lama iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak RM768 juta.

“Daripada jumlah sasaran berkenaan (RM1.2 bilion), RM500 juta adalah hasil kutipan cukai daripada GST manakala selebihnya daripada cukai lain seperti eksport, import dan seumpamanya,” katanya ketika merasmikan pelancaran ‘Operasi GST 1/2015′ Sabah di sini hari ini.

Beliau yakin sasaran berkenaan boleh dicapai melalui kesungguhan anggota Kastam Sabah melaksanakan tugas masing-masing serta kerjasama penuh daripada pembayar cukai sebagai memenuhi tanggungjawab kepada negara.

Sementara itu, Janathan berkata sehingga Sabtu lepas, sebanyak 18,625 daripada kira-kira 20,000 syarikat di Sabah sudah mendaftar di bawah sistem cukai GST, jauh melebihi sasaran awal 10,000 syarikat.

Beliau berkata kira-kira 2,000 lagi syarikat masih belum mendaftar dan mereka sudah diberi surat peringatan dan amaran untuk mendaftarkan syarikat masing-masing sebelum 28 Feb.

“Kini, Kastam Sabah akan mengesan mereka untuk didaftarkan secara paksa, syarikat berkenaan juga akan dikenakan penalti sebanyak RM15,000,” katanya.

Sementara itu, mengenai Operasi GST 1/2015, Janathan berkata operasi yang berjalan serentak di seluruh Sabah sehingga 15 April itu bertujuan untuk mengesan dan mendaftarkan syarikat yang ‘terlupa’ untuk mendaftar.

Beliau berkata sebanyak 10 pasukan dibentuk di Kota Kinabalu bagi melaksanakan tugas itu dengan menggunakan pendekatan mesra dan tegas atau ‘berseni dan menyengat’ dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah GST.

Katanya, walaupun operasi itu berakhir 15 April ini, namun Kastam Sabah akan meneruskan usaha mengesan syarikat yang tidak berdaftar agar menunaikan tanggungjawab mereka berlandaskan undang-undang. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan