Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kastam Sabah Rampas Bunga Api, Mercun Bernilai RM50,000

kastam bunga api

KOTA KINABALU– Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas bunga api dan mercun bernilai kira-kira RM50,000 dalam serbuan Ops Letup, di Menggatal dekat sini, tengah hari semalam.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa JKDM Sabah Hamza Sundang berkata hasil maklumat orang awam membawa kepada serbuan di stor terbiar di kawasan itu pada kira-kira 1 tengah hari.

“Tiada tangkapan dibuat tetapi siasatan akan dijalankan untuk mengesan pemilik barang-barang tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini, Selasa.

Hamza berkata Ops Letup turut dijalankan di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran dan Papar.

Beliau berkata Ops Letup yang dilaksanakan sejak 2010 menerusi kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membenteras penyeludupan, pengedaran serta jualan mercun dan bunga api tanpa permit yang sah.

Sementara itu, katanya pelbagai barang seludup seperti mercun, rokok pelbagai jenama, minuman keras dan ubatan yang bernilai RM47,559.86 dirampas di seluruh negeri sepanjang Ops Ramadan yang dijalankan bagi tempoh 30 Jun hingga semalam.

Hamza berkata hasil daripada 220 pemeriksaan operasi itu, 40 kes berjaya direkodkan manakala 26 kes dalam siasatan sementara 17 individu ditahan.

Komen


Berita Berkaitan