Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kastam Sabah rampas 62 buah kontena barang seludup bernilai RM5.24 juta

12:14pm 19/09/2016 Leolerry Lajius 9079 views Jenayah,Kota Kinabalu,Tempatan
Barang yang dirampas hasil daripada risikan.

Barang yang dirampas hasil daripada risikan.

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya mematahkan satu cubaan sindiket penyeludupan di Pelabuhan Sepanggar dengan membuat rampasan sebanyak 62 buah kontena memuatkan barangan yang dianggarkan bernilai RM5.24 juta.

Kontena berkenaan yang memuatkan minuman keras, rokok, beras dan tayar melibatkan duti import bernilai RM37.14 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Bahagian Penguatkuasaan), Dato’ Paddy Abd Halim, berkata rampasan berkenaan yang dibuat hasil daripada maklumat risikan adalah yang terbesar di Sabah tahun ini.

Menurut beliau, rampasan berkenaan membabitkan 853,776 liter minuman keras, 11 juta batang rokok, 25,000 kilogram beras dan 11,000 tayar kereta yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran dengan menggunakan 62 kontena berkenaan.

“Rampasan ini merupakan perolehan terbesar hasil daripada penggunaan konsep Pengurusan Sempadan (CBM) yang melibatkan pemeriksaam secara teliti bagi proses membawa masuk barangan ke pelabuhan,”katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan, hasil rampasan ini membuktikan bahawa penubuhan CBM telah berjaya membuahkan hasil yang positif.

Menurut Paddy, kes akan disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) dan Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Paddy (dua dari kanan) menunjukkan barang rampasan ketika sidang media di Wisma Kastam Kota Kibabalu, hari ini.

Paddy (dua dari kanan) menunjukkan barang rampasan ketika sidang media di Wisma Kastam Kota Kibabalu, hari ini.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan