Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kastam Sabah Rampas 2 Kg Syabu Di KKIA

suwk2kg

KOTA KINABALU:  Kastam Sabah menahan seorang wanita warga China dan merampas dua kilogram dadah jenis syabu bernilai RM400,330 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Ahad lepas.

Pengarah Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok berkata dadah itu ditemui di dalam bahagian khas bagasi yang dibawa wanita tersebut sejurus tiba dari Hong Kong di KKIA pada 11.30 malam.

“Suspek berusia 24 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya kepada pemberita, di sini Rabu.

Menurutnya siasatan awal mendapati ini kali kedua wanita itu memasuki negara ini dengan kali pertama pada Mac lepas.

Tangkapan ini juga adalah yang kedua oleh Kastam Sabah dalam tempoh 15 hari, katanya.

Janathan berkata dengan tangkapan terbaharu itu Kastam Sabah merekodkan sembilan kes penyeludupan dadah dengan nilai rampasan RM4.6 juta sejak 2012.

Katanya kes membabitkan 12 suspek dari pelbagai negara termasuk China dan India.

Daripada jumlah itu lapan sudah didakwa, katanya.

Komen


Berita Berkaitan