Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kastam Sabah Kutip Hasil RM1.4 Juta Dalam Operasi Kesan 2016

12:55pm 18/05/2016 Pak Roshan 72 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
kastam tawau

Datuk Dr Janathan Kandok

KOTA KINABALU : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM1.4 juta dalam Operasi Kesan 2016 yang dilaksanakan di seluruh negeri ini bermula 4 Mac sehingga semalam.

Pengarahnya Datuk Dr Janathan Kandok berkata penyumbang kepada kutipan hasil itu ialah duti kastam dan tawaran kompaun melalui 11 kesalahan yang dilakukan oleh 612 syarikat yang diperiksa sepanjang operasi berkenaan.

“Antara kesalahan itu adalah di bawah Akta Eksais 1976 iaitu berniaga tanpa lesen, tidak mempamerkan lesen, berniaga melebihi masa yang telah ditetapkan dan menjual minuman yang belum berbayar cukai.

“Kesalahan lain yang dikesan ialah kesalahan di bawah Seksyen 17 (2) Akta Kastam 1967 iaitu pengimportan melebihi kuantiti yang diluluskan, pengimportan tidak mendapat kelulusan pengecualian, pengikraran kuantiti yang salah dalam borang kastam, lewat mengemukakan permohonan pembaharuan lesen, pemusnahan barang tanpa mendapat kelulusan kastam dan pelanggaran syarat gudang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan gimik penutupan operasi berkenaan di sini hari ini.

Janathan berkata sasaran operasi berkenaan ialah premis perniagaan yang menjual minuman keras, pusat membeli belah, gudang penyimpanan, kedai runcit, pusat-pusat hiburan dan syarikat yang dilesenkan dibawah Seksyen 14 (2) Akta Kastam 1967.

“Operasi berkenaan bertujuan untuk membanteras aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen dan mengesan syarikat tidak aktif yang dilesenkan di bawah Seksyen 14 (2) Akta Kastam 1967, bagi tujuan pembatalan lesen,” katanya.

Janathan berkata operasi seumpama itu akan dilaksanakan di seluruh ini dari masa ke semasa bagi membantaras aktiviti yang merugikan negara itu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan