Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kastam Sabah Kutip Hasil Lebih RM400 Juta Bagi Tempoh Dua Bulan Pertama Tahun Ini

5:55pm 03/03/2016 Pak Roshan 112 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

janatan-e1430384850217

TAWAU : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM437,466,298.87 dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya Datuk Dr Janathan Kandok berkata antara penyumbang utama kepada kutipan hasil itu ialah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) (Tempatan) sebanyak RM294,474,077.20, GST (Import) (RM73,507,088.64), Duti Eksport (54,474,169.44) dan Duti Import (RM6,152,662.10).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Kesan peringkat daerah Tawau di sini Khamis.

Dr Janathan berkata operasi itu yang telah dilancarkan sejak Selasa lepas bagi peringkat negeri bertujuan menyekat dan membanteras peniaga/premis/pusat hiburan yang beroperasi menjual minuman keras tanpa lesen.

Katanya setakat ini, sebanyak 14 buah syarikat di Tawau telah dikenakan kompaun berjumlah RM70,000 atas pelbagai kesalahan manakala 44 buah premis dan syarikat turut diperiksa dalam operasi itu.

Operasi tersebut merupakan yang pertama dijalankan secara besar-besaran oleh Jabatan Kastam dengan melibatkan semua stesen Kastam di Sabah yang bermula Selasa lepas hingga Jumaat ini.

— BERNAMA

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan