Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kastam Sabah berjaya rampas 32 kontena barangan seludup 

2:30pm 03/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 582 views Kota Kinabalu,Tempatan
Subromanian (tengah) bersama Janathan (dua kiri) menunjukkan barangan seludup yang dirampas di Pelabuhan Sepanggar, Sabah

Subromanian (tengah) bersama Janathan (dua kiri) menunjukkan barangan seludup yang dirampas di Pelabuhan Sepanggar, Sabah. Foto:Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas 32 buah kontena mengandungi bir, beras, tayar dan lain-lain komoditi yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 1.5 juta di Pelabuhan Sepanggar, disini, baru- baru ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Dato’ Subromaniam Tholasy berkata rampasan yang melibatkan cukai import sebanyak RM 4.5 juta itu merupakan rampasa terbesar pada tahun ini.
“Siasatan mendapati 21 buah kontena tersebut mengandungi bir pelbagai jenama yang bernilai RM 870 ribu dan duti atau cukai sebanyak RM 3.69 juta, lapan buah kontena mengandungi beras seberat 170,150 kilogram (kg) yang bernilai RM 300 ribu dan cukai sebanyak RM 680 ribu dan tiga buah kontena mengandungi tayar dan pelbagai barangan. Kuantiti tayar sebanyak 2,131 unit iaitu bernilai RM 300 ribu dan jumlah cukai sebanyak RM 150 ribu.
“Modus operandi dalam kes ini ialah membuat pengikraran yang tidak benar ke atas barangan yang memerlukan lesen import bagi pengimportannya,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media JKDM Sabah , disini, hari ini.
Dalam masa sama, beliau berkata rampasan tersebut merupakan hasil daripada konsep ‘Collaborative Border Management’ (Kawalan Sempadan Secara Kolaborasi) yang melibatkan kerjasama semua bahagian di Jabatan Kastam.
“Hasil rampasan yang terbesar ini merupakan kesepakatan daripada semua pihak terlibat yang menjayakan operasi berkenaan.
“Kastam telah mengubah strategi iaitu memantapkan kawalan di pintu-pintu masuk termasuklah perlabuhan dan ianya dibuat secara bersepadu dengan kerjasama daripada agensi-agensi penguatkuasa lain,”katanya,
Selain itu, Subromaniam turut memberi amaran kepada ejen-ejen penghantaran yang membuat pengikraran palsu dan mengemukakan dokumen palsu bahawa lesen mereka akan dibatalkan sekiranya didapati bersalah.
Hadir sama, Pengarah JKDM Sabah, Datuk Janathan Kandok. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah
Antara barangan seludup yang dirampas. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Antara barangan seludup yang dirampas. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan