Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kastam Sabah Bakal Miliki Ibu Pejabat Baharu – Ketua Pengarah

kastamsabah

KOTA KINABALU– Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sabah bakal mempunyai ibu pejabat baharu yang pembinaannya bermula awal tahun depan, kata Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Khazali Ahmad.

 

Beliau berkata bangunan itu terletak bersebelahan bangunan Persekutuan Mini Putrajaya, Likas.

 

“Ia akan menggantikan ibu pejabat kastam yang pada masa ini beroperasi di Plaza Tanjung Aru,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama warga kastam di kawasan perumahan Sepanggar dekat sini Isnin malam.

 

Turut hadir Pengarah KDRM Negeri Datuk Dr Janathan Kandok dan isteri Datin Norsiah S.M.Kumar.

 

Beliau juga berkata KDRM dalam proses membina bangunan perumahan baharu untuk kakitangan bagi menggantikan bangunan lama yang disahkan tidak lagi selamat diduduki.

 

Bangunan bernilai hampir RM60 juta itu akan dibina bersebelahan kawasan perumahan sedia ada dan mempunyai 250 unit yang dijangka siap dalam tempoh 26 bulan.

 

“Ini merupakan langkah yang diambil untuk memodenkan pentadbiran dengan menyediakan infrastruktur dan prasarana berkualiti untuk pegawai kastam,” kata Khazali.

 

Sementara itu beliau berkata pihaknya akan terus memberi penerangan kepada rakyat tentang cukai barang dan perkhidmatan (CBP) bagi memastikan mereka memahaminya dengan baik.

 

Pada majlis itu 50 orang anak yatim, warga emas dan ibu tunggal menerima bantuan, termasuk anggota jawatankuasa masjid serta surau di sekitar Sepanggar.

Komen


Berita Berkaitan