Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KASTAM SABAH BAKAL DAPAT BANGUNAN PEJABAT BAHARU PADA 2017

PKM

KOTA KINABALU, 12 Feb : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Sabah akan memperoleh bangunan pejabat baharu apabila pembinaan bangunan bernilai RM61 juta itu siap menjelang tahun 2017.

Majlis pecah tanah pembinaan bangunan setinggi lapan tingkat, bersebelahan Kompleks Pentadbiran Persekutuan di Jalan Universiti Malaysia Sabah itu,  disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad, hari ini.

Bangunan yang bakal menempatkan keseluruhan pejabat JKDM di sekitar Kota Kinabalu itu akan memudahkan urusan pentadbiran agensi itu.

“Kecuali pejabat penguatkuasaan yang masih kami kekalkan di Jesselton, iaitu Wisma Kastam,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah itu di sini.

Katanya Jabatan Kerja Raya Malaysia bertanggungjawab untuk mengawasi kerja projek berkenaan yang dilaksanakan oleh kontraktor Syarikat Fokus Niaga Sendirian Berhad.

Dalam perkembangan berkaitan, Khazali berkata projek pembinaan 120 unit rumah pelbagai kategori untuk anggota kastam di Sepanggar yang sedang dilaksanakan, sedikit mendahului tempoh jadual yang ditetapkan.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan