Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kastam rampas dadah RM1.710 juta

Yunos Tahir (dua dari kanan) menunjukkan dadah jenis Methampetamne yang dirampas. - foto Ille Tugimin
Yunos Tahir (dua dari kanan) menunjukkan dadah jenis Methampetamne yang dirampas. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas dadah jenis Methamphetamine seberat 9.15 kilogram bernilai RM1.710 juta dalam dua kes berasingan di negeri ini yang menggunakan perkhidmatan penghantaran barang sebagai modus operandinya.

Timbalan Pengarah Kastam Sabah, Bahagian Penguatkuasaan, Yunos Tahir berkata, bagi kes pertama dan kedua, kesemua dadah terbabit dimasukkan ke dalam kotak makanan untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurut Yunos, hasil pemeriksaan kastam kotak yang dikirimkan itu adalah daripada Johor ke Lahad Datu melalui Sandakan menggunakan agensi perkhidmatan penghantaran barang yang sama.

“Bagi kes pertama, rampasan dilakukan pada 26 Disember tahun lalu dan laporan pemeriksaan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan ia merupakan dadah jenis Methamphetamine. Berat dadah  tersebut adalah 4,228.8 gram dengan anggaran nilai berjumlah RM760,000.

“Bagi kes kedua pula, kastam turut merampas dadah seberat 4,930.6 gram pada 1 Januari tahun ini. Ia dianggarkan bernilai RM950.000, juga dikirim dari Johor ke Lahad Datu melalui Sandakan,” katanya kepada pemberita di Wisma Kastam Sabah, di sini hari ini.

Manakala bagi kes ketiga, sebanyak 600 biji pil jenis Eramin 5 dengan anggaran RM12,000  yang dikirim dari Pulau Pinang ke Sandakan turut dirampas pihak kastam pada 15 Januari lalu.

Walau bagaimapun, katanya, bagi ketiga-tiga kes itu, tiada tangkapan dilakukan memandangkan kesemua barang tersebut tidak dituntut manakala kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 36B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan