Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kastam Rampas Dadah Bernilai RM500,000, Tahan Satu Suspek

2:54pm 23/05/2016 Pak Roshan 238 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Kastam Sabah merampas kira-kira satu kilogram dadah jenis methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM500,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), 19 Mei lepas.

Pengarahnya Datuk Dr Janathan Kandok berkata dadah itu disembunyikan dalam beg pakaian seorang lelaki warga tempatan berumur 20 tahun ketika melalui kaunter pemeriksaan kastam di KKIA selepas tiba dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.50 petang.

“Ketika beg suspek diimbas, anggota kastam mendapati ada imej mencurigakan dan meminta lelaki berkenaan membuka beg itu.

“Dadah berkenaan dijumpai dalam satu paket minuman teh Cina yang disimpan di celah pakaian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Dr Janathan, berikutan penemuan itu, lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Dr Janathan berkata sejak 2012 hingga tahun ini, sebanyak 18 rampasan dadah jenis methamphetamine dan ganja bernilai kira-kira RM14 juta dilakukan.

Katanya daripada jumlah rampasan itu, 12 kes direkodkan di Kota Kinabalu, Sandakan (4) dan Tawau (2).

“Daripada semua kes itu, 21 suspek telah ditahan dengan 12 daripadanya adalah warga Malaysia,” katanya.

Dr Janathan berkata daripada jumlah suspek itu, enam daripadanya adalah wanita dan sembilan suspek telah dijatuhi hukuman gantung manakala selebihnya masih dalam proses mahkamah.

–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan