Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kastam Rampas 4,624 Gading Gajah Dari 2011 Hingga 2014

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam merampas 4,624 unit gading gajah melalui 11 kes penahanan konsaimen perdagangan dalam tempoh 2011 hingga 2014, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr James Dawos Mamit berkata rampasan berlaku di beberapa pintu masuk utama negara termasuk pelabuhan Pasir Gundag, pelabuhan Butterworth, pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

“Namun, penahanan oleh Jabatan Kastam hanya melibatkan konsainmen perdagangan haram dan siasatan yang dijalankan di bawah Akta Kastam 1967 tidak berjaya mengesan pemiliknya,” katanya.

Beliau menjawab soalan Zairil Khir Johari (DAP-Bukit Bendera) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah gading dirampas dan adakah gading tersebut disimpan atau dimusnahkan.

Selain itu, Dawos berkata Jabatan Perhilitan turut menahan empat individu melibatkan rampasan 43 unit gading dan kes disiasat oleh jabatan berkenaan dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Daripada jumlah itu, seorang warganegara China dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM250,000 kerana menyimpan dan mengeksport 16 unit gading tanpa permit khas.

Ia turut melibatkan masing-masing seorang warga tempatan yang dijatuhi hukuman denda RM200,000 atau 36 bulan penjara kerana menyimpan sembilan unit gading serta denda RM2,000 bagi kesalahan menyimpan dua unit gading.

Satu kes lagi melibatkan 16 unit gading masih dalam siasatan, katanya.

Sementara itu Dawos berkata kesemua gading yang dirampas masih dalam simpanan yang dipegang kerajaan dan kerajaan akan menjalankan audit bebas sama ada bahan itu perlu dimusnahkan atau disimpan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mengenai pemantauan kerajaan berkenaan aktiviti haram itu, Dawos berkata kementerian menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) bagi mengekang kegiatan itu. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan