Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kastam mahu hapus kelonggaran pemeriksaan perkhidmatan kiriman cepat RM500

Timbalan Pengarah Kastam Sabah, Bahagian Penguatkuasaan, Yunos Tahir. - foto Ille Tugimin
Timbalan Pengarah Kastam Sabah, Bahagian Penguatkuasaan, Yunos Tahir. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah bercadang mengkaji semula kelonggaran pemeriksaan terhadap mana-mana barang bernilai RM500 yang dihantar menggunakan perkhidmatan kiriman cepat.

Ia susulan empat rampasan dadah bernilai jutaan ringgit yang dikenalpasti digunakan oleh pihak tertentu untuk aktiviti jenayah di Sabah bagi tempoh Disember 2014 hingga 15 Januari tahun ini.

Timbalan Pengarah Kastam Sabah, Bahagian Penguatkuasaan, Yunos Tahir berkata, cadangan tersebut akan dibawa ke peringkat Pusat untuk dikaji semula bagi memantapkan operasi kastam.

“Kita akan bincang dengan pihak atasan untuk menarik balik kemudahan (kelonggaran pemeriksaan ke atas perkhidmatan kiriman cepat RM500 ke bawah). Kita mahu prosedur peraturan ini dikaji balik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu dalam sidang media, beliau memberitahu JKDM Sabah berjaya merampas dadah jenis Methamphetamine seberat 9.15 kilogram bernilai RM1.710 juta dalam dua kes berasingan di negeri ini yang menggunakan perkhidmatan penghantaran kiriman cepat.

Pada sidang media 20 Januari lalu juga, jabatan tersebut mengumumkan merampas dadah bernilai RM5 juta di kawasan berhampiran Lapangan Terbang Tawau, dipercayai menggunakan modus operandi sama.

Menurut kastam, jumlah rampasan tersebut merupakan yang terbesar dicatatkan oleh jabatan itu sejak 2012. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan