Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kastam lepasi sasaran peniaga daftar GST di Sabah

TAWAU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya melepasi sasaran syarikat perniagaan dan orang perseorangan yang menjalankan perniagaan berdaftar bagi melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negeri ini.

Timbalan JKDM Sabah, Yunos Tahir berkata, setakat ini seramai 17,350 peniaga di Sabah sudah mendaftar untuk GST yang akan mula dilaksanakan pada 1 April ini.

“Sasaran awal hanyalah 12,000 pendaftar, tetapi apabila kita turun padang dan menemui rakyat di peringkat akar umbi, kita mendapat sambutan yang menggalakan dan hasilnya banyak syarikat perniagaan dan peniaga yang tampil mendaftar GST,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan GST Kepada Usahawan Bumiputera Tawau di Pejabat UMNO Kalabakan, di sini hari ini.

Yunos berkata, jumlah syarikat perniagaan atau peniaga yang masih ingkar untuk berdaftar dengan GST di negeri ini adalah dalam lingkungan satu hingga dua peratus sahaja.

Oleh itu, katanya, pihak kastam akan mengadakan Ops Bersepadu di seluruh negeri bermula 1 Mac ini untuk mencari syarikat-syarikat atau mana-mana pihak yang mempunyai nilai jualan RM500 ribu yang masih gagal berdaftar untuk GST.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengenakan kompaun sehari sebanyak RM100 sehingga 1 April ini bagi peniaga yang masih ingkar untuk mendaftar GST.

“Kita tahu masih ramai yang kurang faham, sebab itu kita di JKDM tidak pernah berhenti daripada memberi penjelasan di semua tempat kerana skop GST ini sebenarnya luas namun kita berusaha agar semua pihak dapat memahaminya,” katanya lagi. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan