Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kastam jana RM1.4 juta dalam Operasi Kesan 2016

2:00pm 18/05/2016 Leolerry Lajius 31 views Tempatan
Janathan ketika ditemui media sempena gimik penutupan operasi berkenaan.

Janathan ketika ditemui media sempena gimik penutupan operasi berkenaan.

KOTA KINABALU:Kastam Sabah menjana RM1.4 juta hasil dalam bentuk duti kastam dan tawaran kompaun melalui 11 kesalahan yang dilakukan oleh 612 syarikat yang diperiksa dalam Operasi Kesan 2016 yang dilakukan di seluruh Sabah bermula 4 Mac hingga 17 Mei tahun ini.

Menurut Pengarah Kastam Negeri Sabah Dato’ Dr. Janathan Kandok, tujuan operasi ini adalah bagi membanteras aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen serta mengesan syarikat tidak aktif yang dilesenkan di bawah Seksyen 14(2) Akta Kastam 1967 untuk tujuan pembatalan lesen.

“Sasaran operasi ini adalah premis perniagaan yang menjual minuman keras, pusat membeli belah, gudang penyimpanan, kedai runcit, pusat-pusat hiburan dan syarikat yang dilesenkan di bawah seksyen 14(2) Akta Kastam 1967,” katanya ketika ditemui media sempena  gimik penutupan  operasi berkenaan di Tong Hing supermarket, hari ini.

Sepanjang operasi ini dilaksanakan terdapat 11 kesalahan yang telah dikesan  merangkumi empat kesalahan di bawah Akta Eksais 1976 iaitu berniaga tanpa lesen, tidak mempamerkan lesen, berniaga melebihi masa yang telah ditetapkan dan menjual minuman yang belum berbayar cukai.

Manakala kesalahan lain di bawah Seksyen 17(2) Akta Kastam 1967, adalah merangkumi pengimportan melebihi kuantiti yang diluluskan dan tidak mendapat kelulusan pengecualian, pengikraran kuantiti yang salah dalam Borang Kastam, lewat mengemukakan permohonan pembaharuan lesen, pemusnahan barang tanpa mendapat kelulusan jabatan kastam, peralatan yang mendapat pengecualian hilang serta perlanggaran syarat gudang.

Janathan turut menyatakan bahawa operasi berkenaan  yang kali pertama dibuat pada tahun ini akan diteruskan di masa akan datang bagi membanteras kes-kes tersebut daripada berulang.

“Sepanjang operasi ini dilaksanakan kawasan Kota Kinabalu mencatatkan jumlah salah laku yang tertinggi berbanding kawasan lain dan bagi membanteras aktiviti ini daripada terus berleluasa, operasi seumpama ini akan diteruskan di masa akan datang,”katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kastam Negeri bahagian Perkastaman, Tuan Mohd Idris Bin Hj Shaharom.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan