Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kastam Indonesia Gagalkan Cubaan Seludup Bawang Merah, Pakaian Terpakai Dari Malaysia

bawangmerah

JAKARTA: Pejabat Kastam dan Eksais Kepulauan Riau menggagalkan cubaan menyeludup 85 tan bawang merah dan 600 bandela pakaian terpakai ke Indonesia dari Malaysia bulan lepas.

Dalam laporannya pada Rabu, Jakarta Pos memetik jurucakap pejabat itu Toni Karlinda sebagai berkata bahawa pada 13 Jun lepas, kapal peronda pejabat itu menahan bot KM Mistun Jaya 2 di perairan Tanjung Balai yang didapati membawa secara haram 85 tan bawang merah dari Pelabuhan Klang, Malaysia.

Katanya lapan kelasi bot itu ditahan dan disiasat bagi tuduhan melanggar Perkara 102 (a) Undang-undang No.17/2006 merujuk kepada Undang-undang No.10/1995 mengenai kastam dan eksais.

Beliau berkata pada 23 Jun pula, pegawai kastam menghalang bot KM KSN Jaya dengan lapan anak kapal, yang membawa 600 bandela pakaian terpakai dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Balai Asahan.

Katanya kesemua anak kapal iu dibawa ke Pejabat Kastam dan Eksais Kepulauan Riau untuk disoal siasat.

Pengimportan pakaian terpakai dilarang di Indonesia.

Menurut Toni, menjelang Ramadan dan Aidilfitri, pejabat itu meningkatkan rondaan di kawasan sempadan bagi menghalang cubaan menyeludup barangan asas dari negara jiran seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam yang semakin menjadi-jadi.

Komen


Berita Berkaitan