Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai RM930,000

syabu

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.8kg yang dianggarkan bernilai RM930,000 oleh seorang wanita warga China, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini Ahad lepas.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Dr Janathan Kandok berkata dalam kejadian 10.50 malam itu, sepasukan anggota menahan wanita itu yang dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan beg pakaiannya menemui dadah yang dibungkus bersamaplastik tidak berwarna dan dibaluti pita pelekat perak.

“Suspek berusia 21 tahun itu ditahan sebaik tiba di negeri ini melalui penerbangan terus pesawat Air Asia dari Hong Kong,” katanya dalam sidang akhbar di sini, Selasa.

Janathan berkata kejayaan itu merupakan tangkapan terbesar tahun ini dengan nilai pasaran semasa rampasan dadah itu dianggarkan RM930,000.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek pertama kali memasuki negara ini selain mempunyai dua pasport negara China masing-masing untuk tempatan dan antarabangsa.

Janathan berkata suspek juga dipercayai akan berlepas pulang ke Hong Kong melalui penerbangan dari Kuala Lumpur (hari ini) berdasarkan tiket yang dirampas daripada wanita berkenaan.

“Kita percaya, suspek menjadikan Sabah sebagai hub transit sebelum meneruskan perjalanannya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya sebanyak lapan kes direkodkan sejak 2011 bagi kes yang sama melibatkan tangkapan suspek dari pelbagai warganegara termasuk Nigeria, India, Filipina dan China.

Katanya, daripada jumlah itu, 42.3kg dadah jenis ketamine dan syabu dirampas yang melibatkan anggaran nilai pasaran kira-kira RM4.2 juta.

“Kesemua kes ini, suspek ditahan di KKIA, Lapangan Terbang Tawau dan Sandakan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan