Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kasonde sah ke Sabah ganti Cerina

FRANCIS Kasonde (dua dari kanan) menyerahkan kontrak yang telah ditandatangani Naib Presiden SAFA, Benedict Asmat (tengah) dan pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim (dua dari kiri). – Foto Ryan Stanley

 

KOTA KINABALU: Bekas pemain kebangsaan Zambia, Francis Kasonde sah menyertai semula Sabah apabila mengikat kontrak dengan Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), di sini, hari ini.

Kasonde menandatangani kontrak selama setahun dengan pasukan itu di pejabat SAFA, tengah hari tadi, sambil disaksikan Naib Presiden SAFA, Benedict Asmat; pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim serta ketua jurulatih, Jelius Ating.

Pertahanan berusia 32 tahun itu tiba di sini malam tadi, sekali gus membolehkan dia didaftarkan sebelum tempoh pendaftaran pemain berakhir, tengah malam esok.

Ini bermakna, pemain dari Croatia, Igor Cerina diketepikan daripada skuad kendalian Jelius musim ini berikutan kecederaan berpanjangan dialaminya sejak pertengahan musim lalu.

Cerina sebelum ini digantikan oleh Kasonde pada pertengahan liga musim lalu namun kembali ke pangkuan Sabah musim ini kerana masih memiliki baki kontrak selama setahun.

Bagaimanapun, kegagalan Cerina pulih sepenuhnya daripada kecederaan menyebabkan dia tidak termasuk dalam perancangan Jelius dan terpaksa diganti dengan pemain lain.

Juil ketika ditemui berkata, pemilihan Kasonde sebagai pengganti Cerina amat sesuai kerana pemain yang pernah membuat 35 penampilan bersama Zambia itu adalah sebahagian daripada pasukan, musim lalu.

“Kasonde sudah serasi bersama pasukan, keputusan ini dibuat kerana kita tidak memiliki banyak masa dan jalan penyelesaian terbaik adalah memanggil semula Kasonde.

“Mengenai Igor (Cerina), SAFA terpaksa membayar untuk melepaskan dia dan kami akan berbincang dalam tempoh terdekat ini, keputusan perlu dibuat demi kebaikan pasukan,” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan