Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kasihnya suami

DU meniup makanan yang panas sebelum menyuapkan isterinya.
DU meniup makanan yang panas sebelum menyuapkan isterinya.

Beijing: Kisah seorang lelaki berusia 84 tahun yang sabar menjaga isterinya yang lumpuh selama 56 tahun menyentuh hati ramai pengguna Internet di China.

Du Yuanfa yang berasal dari bandar Linyi di wilayah Shandong berkahwin dengan isterinya, Zhou Yuai pada November 1958.

Ketika Du bekerja di sebuah lombong arang batu di bandar Tai’an, dia menerima berita bahawa isterinya sakit dan segera pulang ke kampung.

Apabila tiba di kampung, Du dapati isterinya terbaring di katil dan tidak lama selepas itu Zhou terus lumpuh.

Du berkata, isterinya lumpuh ketika usia perkahwinan mereka masuk lima bulan.-Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan