Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kasih sayang di sebalik pagar besi berduri

3:39pm 19/01/2016 Leolerry Lajius 720 views Jenayah,Tempatan

IMG20160119114459

KOTA KINABALU: “Saya tidak menyesal bapa melaporkan kepada pihak polis akibat perbuatan saya dahulu, yang menyebabkan saya ditempatkan di Sekolah Henry Gurney Kota Kinabalu.”

Demikian ungkapan Diana, berusia 18 tahun berasal dari Bingkor Lama Keningau, yang merupakan salah seorang pesalah juvana yang ditempatkan di sekolah tersebut ketika ditemubual sempena Program Jalinan Kasih Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu sempena krismas pagi tadi.

“Saya mula terjebak dengan penyalahgunaan dadah sejak berusia 13 tahun kerana terpengaruh dengan rakan dan selepas bapa saya mengetahui perbuatan saya itu, beliau telah melaporkan kepada pihak polis dan saya dimasukkan di tempat ini pada 7 Januari tahun lalu,”katanya.

Tambah Diana, yang merupakan anak ketiga dari enam orang adik beradik dan akan mengikuti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini, diana juga akan fokus kepada usaha untuk mencapai cita-citanya dan memberikan yang terbaik buat keluarganya.

Sementara itu, menurut bapanya walaupun pada awalnya dia menyesali perbuatannya melaporkan kepada pihak polis namun selepas setahun berada di tempat itu anaknya mula menunjukkan perubahan yang mendadak berbanding dahulu dan berharap agar anaknya akan terus berusaha bagi mencapai apa yang dicita-citakannya.

“Walaupun ada  sebilangan masyarakat yang memandang hina Diana namun kami tetap akan sentiasa menyokongnya walau apapun yang akan dia lakukan bagi mencapai cita-citanya,” katanya.

Bapa Diana yang berkerja sebagai pemandu van pembekal makanan bertolak seawal jam 5.00 pagi bersama dengan ahli keluarga yang lain untuk sama-sama mengikuti program tersebut sebagai salah satu tanda sokongan mereka kepada Diana.

Program tersebut yang diadakan di penjara wanita Kota Kinabalu melibatkan empat orang banduan dan tiga orang pesalah juvana bersama ahli keluarga mereka.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan