Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,687

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kasih luar biasa

8:42am 23/06/2016 Pak Roshan 2777 views Global
LIU membantu Xu bagun sambil dibantu isterinya. Xie

LIU membantu Xu bagun sambil dibantu isterinya. Xie

Beijing: Seorang wanita membuktikan dirinya seorang isteri yang setia apabila bercerai dengan suaminya yang lumpuh dan berkahwin dengan rakannya sebelum bersama-sama menjaga lelaki itu.

Kisah Xie Xiping dan bekas suaminya, Xu Xihan yang tinggal di daerah Shiquan di wilayah Shaanxi bermula apabila lelaki itu lumpuh selepas terbabit dalam satu kemalangan di lombong arang batu pada 2002.

Xu memberitahu portal berita HCW, ketika itu jirannya yakin Xie akan melarikan diri dan meninggalkannya seorang diri dalam tempoh tiga bulan.

Namun, Xie tetap setia menjaga suaminya dan dua anak mereka walaupun terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan seharian.

Kata Xu, dia kasihan dan sedih melihat isterinya yang terpaksa bekerja namun pada masa yang sama menjaga dirinya serta anak-anak.  – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan