Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Karyawan tempatan akan lebih maju jika masyarakat sokong, beli karya – Masidi

KOTA KINABALU: Karyawan tempatan akan lebih maju sekiranya masyarakat memberi sokongan dan membeli karya mereka, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Menurut beliau, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memartabatkan industri kreatif tempatan terutama dalam seni lukis kerana ia diyakini mampu meningkatkan hasil ekonomi negeri dan negara.

“Jika dinilai harga astetiknya, hasil karya tempatan, kita jauh lebih baik jika dibanding dangan hasil karya pelukis luar negara.

“Kita ada banyak bakat terutama dalam seni lukis di Sabah dan inilah caranya kerajaan membantu para karyawan tempatan dalam mempromosi karya mereka iaitu menerusi program pameran.

“Kita berharap sempena cuti sekolah ini, lebih banyak karya seni akan terjual sebagai tanda sokongan masyarakat terhadap karyawan tempatan,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran 300 Siri II di Balai Seni Lukis dekat sini, pada Isnin.

Mengenai program tersebut, Masidi menggesa para pengkarya untuk menterjemahkan kepelbagaian warisan dan etnik dalam bentuk karya lukisan agar dapat dipromosi kepada masyarakat luar dan pelancong.

Jelasnya, program itu diadakan sejak tahun 2015 dan telah berjaya mencatat rekod jualan tertinggi iaitu 104 karya dan kelainan pameran pada tahun ini adalah para pengunjung dapat menyaksikan sendiri para peserta pemeran melakar mural khas di perkarangan Balai Seni Lukis Sabah.

Pada pameran tersebut, terdapat 300 karya lukisan oleh 30 pelukis tempatan dari pelbagai latar belakang dijual pada harga RM300 setiap satu.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Tan Sri Wences Angang; Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, William Baya, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datu Rosmadi Datu Sulai dan Pengurus dan Kurator Balai Seni Lukis Sabah, Jennifer P. Linggi./PENERANGAN-

Wakil peserta Pameran 300 Siri II, Jainal Amambing menyerahkan cendera kenangan kepada Masidi sejurus majlis perasmian.

Komen


Berita Berkaitan