Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Karya Shao Yang, Josrie rai kemenangan KPTNS 2016

3:00pm 10/10/2016 Leolerry Lajius 14 views Kota Kinabalu,Tempatan
 TAHNIAH......Lim Shau Yang (dua dari kanan) menerima hadiah daripada Tun Juhar (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Tawtiq (kanan).PENERANGAN

TAHNIAH……Lim Shau Yang (dua dari kanan) menerima hadiah daripada Tun Juhar (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Tawtiq (kanan).PENERANGAN

KOTA KINABALU : ‘Ketenangan Sungai Klias’ nukilan Lim Shao Yang memenangi Karya Pilihan Utama Pertandingan Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) 2016.

Turut menjuarai pertandingan sempena Hari Jadi Rasmi Ke-63 Tuan Yang Terutama itu ialah karya bertajuk ‘Madtamol Sada Hilo Bawang’ (Menangkap ikan di sungai) oleh Josrie Haral.

Shao Yang merupakan pemenang bagi Kategori A (menengah rendah) dan Josrie pula diumumkan sebagai juara bagi Kategori C (Terbuka) yang masing – masing menerima hadiah RM 6,000 serta sijil.

Mereka menerima hafiah disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Datuk  Mahirudin menyampaikan hadiah-hadiah tersebut di salah sebuah hotel terkemuka, malam tadi.

Majlis juga meraihkan para pemenang Peringkat Bahagian dari Pantai Barat Selatan dan Utara, Sandakan, Tawau, Pedalaman Atas dan Bawah yang menyertai pertandingan berkenaan

Mereka terdiri daripada lapan peserta bagi (Kategori A) menerima saguhati berupa RM 400, manakala 10 pemenang bagi (Kategori B) pula menerima RM 600 sementara 10 penerima saguhati (Kategori C) turut membawa pulang RM 3,000.

Josrie (kanan),pemenang Karya Pilihan Utama menerima hadiah daripada Tun Juhar (kiri).

Josrie (kanan),pemenang Karya Pilihan Utama menerima hadiah daripada Tun Juhar (kiri).

Dalam pada itu, KPTNS Kali ke -31 bertemakan ‘Keunikan Di Daerah Saya’  dan ‘Sabah Dalam Pandangan Saya’ berjaya menarik 377 pelukis dari seluruh Sabah dengan 386 hasil karya.

Tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori A (sekolah menengah rendah), Kategori B (Sekolah Menengah Atas) dan Kategori C (Terbuka) dengan hadiah keseluruhan di peringkat negeri berjumlah RM 46,000 manakala di peringkat bahagian RM 11,500.

Ia selaras dengan objektif menggalakkan artis-artis tempatan yang peka kepada perkembangan pembangunan di Sabah, di samping memberi peluang membuat kajian sebelum menghasilkan karya serta melahirkan pengkarya seni visual yang berpengalaman.

Aktiviti tahunan tersebut juga melibatkan penyertaan para pelukis, pengukir, pengarca, perekabentuk dan sebaginya bagi menghasilkan karya – karya yang bermutu tinggi untuk dipamer dan dikumpul sebagai koleksi serta khazanah Balai Seni Lukis Sabah dan Negeri.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan berkenaan, Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan; Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS),  Datuk Seri Panglima Wences Angang./PENERANGAN-

KENANGAN.....Para pemenang tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kenangan bersama Tuan Yang Terutama (tengah).

KENANGAN…..Para pemenang tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kenangan bersama Tuan Yang Terutama (tengah).

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan