Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Karnival SK Gas subur budaya keusahawanan di sekolah

2:20pm 08/11/2016 Leolerry Lajius 77 views Sandakan,Tempatan
Terima kasih....Samsudin menerima cenderahati daripada pihak sekolah.

Terima kasih….Samsudin menerima cenderahati daripada pihak sekolah.

SANDAKAN: Pihak sekolah perlu menyuburkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar bagi menyemai semangat dan minat pelajar bumiputera terhadap bidang perniagaan.

Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, pihak sekolah seharusnya memainkan peranan penting bagi melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera tanpa terhad kepada matlamat mencapai kecemerlangan akademik semata-mata.

“Saya minta pimpinan sekolah supaya menyuburkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti seperti penubuhan kelab usahawan dan menganjurkan karnival keusahawanan.

“Langkah ini penting bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bidang perniagaan seterusnya menarik minat mereka untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya kelak,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Sk Gas 2016 dan Hari Keusahawanan serta Larian 4G di SK Gas, Sandakan baru-baru ini.

Menurut Samsudin, kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada sekolah bagi meyuburkan budaya keusahawanan dan bersedia memberi pelbagai bentuk bantuan dan kerjasama.

Beliau berkata signifikannya, kejayaan program ini merupakan manifestasi daripada semangat setiakawan, dan kemaufakatan diantara Persatuan Ibu Bapa dan pihak Sekolah.

Sehubungan itu, Samsudin menyarankan kepada semua yang hadir, agar terus memupuk semangat setiakawan bagi meningatkan perpaduan serta mempastikan kesejahteraan dan  keamanan yang telah dikecapai, melalui Kerajaan yang sedia ada agar dapat terus  dipertahankan.

 

Sementara itu, beliau turut mengumumkan melalui peruntukan Adun laluan pejalan kaki konkrit untuk SK Gas, Sandakan.

 

Hadir sama Khatijah Ebrahim, Naib Ketua Puteri,  Staff UPPM Sekong, AJK Bahagian, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Batu Sapi./SayangSabah

Terbaik.....Samsudin merakamkan gambar kenangan bersama guru-guru, ibu bapa dan pelajar sekolah.

Terbaik…..Samsudin merakamkan gambar kenangan bersama guru-guru, ibu bapa dan pelajar sekolah.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan