Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Karnival produk makanan Jepun di 1Borneo

The Japanese food outlet
Kedai makanan Jepun di 1Borneo

KOTA KINABALU – Orang ramai berpeluang merasai keenakan dan keunikan makanan tempatan Jepun di karnival produk keluaran negara matahari terbit itu yang berlangsung di 1Borneo Hypermall di sini.

Karnival yang berlangsung mulai 4 hingga 8 Februari itu dianjurkan oleh Woo Joo Food Sdn Bhd dengan kerjasama Kedutaan Jepun.

Pengarah Woo Joo Food, Akiko Yong berkata karnival tersebut diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan produk makanan keluaran Jepun yang baik untuk kesihatan.

“Masakan Jepun mengamalkan penggunaan cuka beras sebagai sebahagian resipi dan kebanyakan makanan yang dihasilkan di negara itu tidak berasaskan minyak,” katanya kepada pemberita di karnival tersebut hari ini.

Selain itu, Akiko Yong berkata, rakyat Jepun juga mengamalkan meminum teh hijau kerana ia dapat mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.

Antara jenis makanan keluaran Jepun yang dipamerkan dan dijual kepada orang ramai ialah produk gula-gula, minuman, biskut, sos, pankek okonomiyaki, kek, krim paf shu cream dan banyak lagi.

Bagi memeriahkan lagi karnival berkenaan, pelbagai acara sampingan turut diadakan untuk pengunjung seperti permainan, peraduan serta kelas memasak. – Oleh SUKRI SARIN & NUZIR ANDI SAMSIAR/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan