Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Karnival “Perpaduan KRT” mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli

3:00pm 08/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 25 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Tempatan
Yb Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup melawat khemah pameran Agensi dan KRT

Yb Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup melawat khemah pameran Agensi dan KRT

KOTA KINABALU- Kumpulan Rukun Tertangga (KRT) dapat menggalakan masyarakat melaksanakan aktiviti ekonomi yang lebih berkesan dan mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan ahli dan komuniti setempat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Tan Sri Datuk Joseph Panglima Kurup berkata sebanyak 930 buah Rukun Tetangga (RT) telah ditubuhkan di negeri ini untuk membantu pembangunan masyarakat.

“Kemajuan dan pembangunan komuniti bukan hanya bergantung kepada jumlah atau bilangan kumpulan Rukun Tetangga yang telah ditubuhkan tetapi ia memerlukan kekuatan dan kerjasama yang padu daripada setiap ahli dan warga kumpulan rukun tetangga”, katanya.

Joseph juga berkata tujuan utama karnival perpaduan ini diadakan adalah untuk mempromosikan Rukun Tentangga kepada orang ramai yang belum tahu mengenai tugas Rukun Tentangga.

“Saya berharap agar program sebegini dijadikan sebagai sebuah platform sebagai asas kepada penyatuan dan hubungan persaudaraan yang lebih kukuh sesama ahli RT”, tambahan beliau.

Joseph berkata sedemikian semasa merasmikan karnival Perpaduan KRT Zon Bandaraya Kota Kinabalu di Taman Prince Philip, pagi ini

Turut hadir dalam karnival tersebut adalah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayib. Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan