Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,760

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Karnival ‘Online Networking Entrepreneurs’ (ONE) SSM Sabah 2016 yang bakal berlansung hujung minggu ini

6:38pm 18/05/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 95 views Tempatan

KOTA KINABALU- Masyarakat dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan Karnival ‘Online Networking Entrepreneurs’ (ONE) SSM Sabah 2016 yang bakal berlansung pada 21 hinga 23 Mei ini bertempat di [email protected]

Karnival ini siri ke tujuh merupakan rentetan daripada penganjuran sulung Karnival ONE yang diadakan sejak tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Dato Zahrah Abd Wahab Fenner berkata, tujuan utama penganjuran karnival ini ialah untuk membantu golongan usahawan terutamanya yang berniaga secara atas talian (online) mengembangkan perniagaan mereka.

“Karnival ONE diadakan bagi membantu mereka (usahawan) yang ingin menjalankan perniagaan ‘online’ atau pun bukan online (konvensional) serta mereka yang telah menjalankan perniagaan tetapi hendak menimba ilmu,”katanya dalam sidang media disini, kelmarin.

Menurutnya, penganjuran Karnival ONE ini juga adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan pendaftaran syarikat ekoran daripada aduan penipuan yang diterima oleh pihak SSM.

Karnival ini bakal dimeriahkan dengan program taklimat ikon, khidmat nasihat, 50 gerai jualan dan demonstrasi produk usahawan, cabutan bertuah, aktiviti keusahawanan bersama peniaga ‘online, selebriti dan penuntut IPT.

Selain itu, SSM turut mengajurkan program ‘Healthy ONE’ yang menampilkan acara ‘street soccer, ‘skateboarding’, pertunjukkan aksi basikal BMX dan aktiviti zumba yang dijangkakan bakal menarik 10,000 orang pengunjung.-Syafathin M.Y./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan