Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Karnival @mymasjid 2015 Tingkatkan Ukhuwah Dikalangan Umat Islam di Sabah

Tawfiq (tengah) merasmikan Karnival @MyMasjid
Tawfiq (tengah) merasmikan Karnival @MyMasjid 2015
TAWAU- Satu program ilmu dan keagamaan iaitu Karnival @mymasjid 2015 peringkat Negeri Sabah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah diadakan julung kalinya di negeri ini, semalam.
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Panglima Musa Hj Aman, karnival ini mampu membantu  pembangunan ilmu, perubahan minda dan penghijrahan sikap serta kecemerlangan umat Islam pada masa akan datang.
“Masjid tidak sepatutnya menjadi tempat beribadah semata-mata, ia sepatutnya menjadi sebagai satu pusat untuk mengumpulkan semua masyarakat  serta menjadi medan penyatuan umat Islam itu sendiri”, kata beliau.
Teks ucapan beliau telah dibaca oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Tititngan semasa merasmikan karnival tersebut.
Selain itu, beliau juga menyeru agar pemimpin dan jawatankuasa masjid dapat melaksanakan lebih banyak program yang menyeronokkan untuk menarik minat  generasi muda agar mereka lebih cenderung untuk menlibatkan diri dalam aktiviti masjid.
“Penyatuan tenaga, idea, dan keupayaan antara orang lama dengan golongan muda akan dapat memartabatkan lagi kegemilangan institusi masjid”, tambahan beliau.
Disamping itu, Musa memberi peringatan kepada pihak yang berkaitan agar jangan gunakan masjid untuk menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah dan polisi kerajaan yang memerintah. Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan