Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Karnival kewangan Labuan 2018 lahirkan masyarakat celik kewangan

Rozman (dua dari kanan) melawat salah satu gerai pameran.

LABUAN 14- “Penganjuran julung kali Karnival Kewangan Labuan 2018 di sini bukan sahaja dapat mengoptimumkan impak untuk melahirkan masyarakat yang ‘celik kewangan’ malah ia juga selari dengan hasrat dan aspirasi di bawah Labuan Development Blueprint, iaitu memperkasakan pembangunan ekonomi tempatan,”.

“Melalui program ini, golongan individu dan bakal usahawan boleh mendapatkan maklumat mengenai pembiayaan, pengurusan kewangan dan juga perkhidmatan-perkhidmatan lain,” ujar Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Rozman Isli ketika merasmikan karnival tersebut di Ujana Kewangan, pagi tadi.

Ujar Rozman lagi, ini adalah satu pencapaian tinggi untuk karnival yang kali pertama diadakan di Labuan dan ia juga merupakan peluang yang sangat besar untuk direbut bagi warga Labuan untuk mengukuhkan pengurusan kewangan peribadi mahupun perniagaan.

“Saya juga melihat, aktiviti-aktiviti yang telah dirangka sepanjang dua hari ini amat komprehensif sekali, mencakupi semua segmen masyarakat Labuan, dari golongan murid sekolah rendah, menengah, golongan muda, dewasa sehinggalah golongan yang mencapai umur persaraan,”tambahnya.

“Ini boleh diibaratkan seperti “one-stop-centre” semua maklumat kewangan yang anda perlukan ada di sini di bawah satu bumbung Ujana Kewangan ini yang mana terdapat lebih 40 buah gerai pameran yang mewakili agensi kewangan serta bank-bank yang turut serta di dalam karnival kewangan Labuan ini,” tambahnya lagi.

“Selain itu juga, ia merupakan platfom terbaik bagi masyarakat Labuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dan terperinci terus daripada institusi kewangan dan pembiayaan seterusnya untuk mengelak risiko dari menjadi mangsa penipuan atau ‘scam’ bermacam-macam skim yang menyasarkan golongan-golongan yang ingin mendapatkan pembiayaan kewangan,”Rozman menambah lagi.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang karnival dua hari ini termasuklah program bual bicara kewangan, perkhidmatan sesi kaunseling kewangan, khidmat nasihat penyelesaian pertikaian serta pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak.

Karnival tersebut anjuran Bank Negara Malaysia dengan  kerjasama Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) dan juga Financial Park Labuan turut disertai oleh lebih 40 buah agensi-agensi serta institusi industri kewangan antaranya termasuklah Perbadanan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation Malaysia), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta institusi kewangan dan insurans di Malaysia.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Azhar Ahmad; Ketua Pengarah Labuan FSA, Danial Mah Abdullah; Ketua Pejabat Bank Negara Malaysia Kota Kinabalu, Zambre Ismail serta Pengarah Urusan Financial Park Labuan Sdn. Bhd, Johari Mesar.-Penerangan Labuan.

Komen


Berita Berkaitan