Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Karnival Kerjaya Pemuda BN Sabah tawar 3,000 peluang pekerjaan

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir bagi merebut peluang kira-kira 3,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan sempena  Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah 2018 yang akan diadakan pada 8 April depan di ITCC Mall Penampang.

Pengerusi Pergerakan Pemuda BN Sabah Yamani Hafez Musa berkata, karnival ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan Jobs Malaysia bagi memberi peluang pekerjaan kepada para belia dalam pelbagai bidang oleh syarikat terkemuka dan juga syarikat tempatan.

Beliau menyatakan, dijangka lebih 3,000 belia yang akan mengambil bahagian dalam program berkenaan berdasarkan jumlah pemohon yang telah mengisi sesi pra-pendaftaran yang dibuka sejak 19 Mac lalu kini mencapai jumlah hamper 2,000 orang.

“Kita mengharapkan kalau boleh lebih daripada tiga ribu orang yang akan hadir iaitu  lebih daripada apa yang ditawarkan, kita sudah menyediakan kaunter untuk mereka di mana mereka yang sudah mendaftar  kita juga buat satu penapisan sekiranya mereka mempunyai masalah resume, tidak lengkap atau sebagainya kita juga sediakan bantuan untuk mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Karnival Kerjaya Pemuda BN Sabah 2018, di Bangunan UMNO Kota Kinabalu, hari ini.

Lebih 40 syarikat yang akan terlibat dalam karnival berkenaan dan Orang Kelainan Upaya (OKU) juga dialu-alukan untuk menyertai karnival itu kerana ia turut menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka.

Hafez menyatakan, pemilihan ITCC Mall sebagai lokasi penganjuran karnival berkenaan adalah amat sesuai berikutan lokasi kompleks beli belah berkenaan menyediakan fasiliti yang lengkap selain lokasinya yang stategik./SayangSabah

Hafez (tengah) bersama barisan Pemuda Barisan Nasional yang hadir sempena sidang media berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan