Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Karnival kebudayaan tonjol keunikan Sabah

Musa Aman (tengah) bersalaman dengan beberapa jemputan yang hadir dalam Karnival Tahun Baru Cina di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu. - foto JKM
Musa Aman (tengah) bersalaman dengan beberapa jemputan yang hadir dalam Karnival Tahun Baru Cina di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu. – foto JKM

KOTA KINABALU – Kepelbagain sambutan perayaan di negeri ini bukan sahaja penting sebagai produk tarikan pelancongan tetapi juga dalam masa menjadi platform menyatupadukan rakyat berbilang bangsa agama dan budaya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan negeri sememangnya memahami pentingnya penganjuran acara kebudayaan kerana ia secara tidak langsung memberi gambaran positif dan jelas bahawa Sabah merupakan contoh terbaik dari segi perpaduan rakyat.

“Takkan ada orang atau pelancong yang datang ke negeri ini jika keadaan kacau bilau. Justeru, dalam kesempatan ini, sambutan perayaan boleh gunakan untuk mengukuhkan keharmonian dan semangat kekitaan.

“Uniknya rakyat Malaysia khususnya di Sabah adalah kerana kita terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa yang merayakan setiap perayaan bersama-sama tanpa mengenal erti perbezaan latar belakang.

Acara Lau Sang beramai-ramai yang turut disetai Musa Aman dan isteri, Faridah Tussin.
Acara Lau Sang beramai-ramai yang turut disetai Musa Aman (empat dari kanan) dan isteri, Faridah Tussin (tiga dari kanan)

“Dan, inilah yang perlu kita tonjolkan kepada pelancong luar kerana kita sendiri melihat kehadiran mereka setiap kali penganjuran karnival perayaan, ramai pelancong luar turut bersama-sama dengan kita memeriahkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Tahun Baru Cina 2015 anjuran bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Gabungan Persatuan Cina Sabah di Lintasan Deasoka, di sini malam ini.

Turut hadir, Datin Faridah Tussin, isteri Ketua Menteri; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dollah; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Menteri yang bertanggungjawab terhadap DBKK, Datuk Edward Yong Oui Fah; Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Michael Asang dan Presiden Persatuan Gabungan Cina Sabah, Datuk Seri T. C. Goh.

Musa Aman (tengah) bersama-sama tetamu jemputan memukul gendang sempena Karnival Tahun Baru Cina di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu,
Musa Aman (tengah) bersama-sama tetamu jemputan memukul gendang sempena Karnival Tahun Baru Cina di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu,

Dalam pada itu, Musa turut menggalakkan agar DBKK memperbanyakkan aktiviti kebudayaan dengan melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dari sekitar bandaraya dan daerah-daerah berhampiran.

Katanya, sebagai contoh Karnival Tahun Baru Cina ini sudah diadakan sejak sembilan tahun lalu di Bandar Raya Kota Kinabalu dan ia merupakan satu daya tarikan untuk bandaraya ini kepada warganya dan pelancong. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan