Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Karnival JH sasar 100 peniaga kecil

FREDDY (tengah) bersama ahli keluarga bergambar di salah sebuah gerai sempena Karnival Jari Hijau
FREDDY (tengah) bersama ahli keluarga bergambar di salah sebuah gerai sempena Karnival Jari Hijau 2016

KOTA KINABALU- Karnival Jari Hijau (JH) Sabah 2016 yang julung kali diadakan di negeri ini menjangkakan penyertaan seramai 100 peniaga kecil- kecilan (vendor) sepanjang karnival itu berlansung

Karnival yang bermula dari 8 Oktober 2016 akan diadakan pada setiap hujung minggu di kawasan tempat letak kereta Wisma Budaya, disini.

Pengerusi Penganjur merangkap Pengarah Ripple Consultancy Sdn Bhd, Freddy Tan berkata karnival tersebut bertujuan bagi mendidik generasi muda akan kepentingan menjaga alam sekitar.

“Terdapat beberapa aktiviti yang mengetengahkan usaha memelihara alam sekitar telah dilaksanakan sepanjang karnival ini,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Karnival Jari Hijau Sabah 2016, dekat sini, Ahad lalu.

Selain itu, katanya, Jari Hijau merupakan sebuah platform kepada Badan- Badan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh Malaysia, khususnya Sabah untuk merancang dan melaksanakan program- program kesedaran berkaitan pemeliharaan alam sekitar.

“Antara NGO yang telah menyertai Jari Hijau adalah Persatuan Perlindungan Ikan Yu Sabah, Sabah Wetlands dan Green Child, Children Club,” katanya.

Disamping itu, beliau turut menyeru kepada masyarakat setempat agar mengunjungi tapak karnival yang dibuka bermula jam 11 pagi sehingga 9 malam, pada setiap hujung minggu, sepanjang bulan Oktober ini. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan