Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kari ayam punya pasal, anak bunuh ibu

Seorang lelaki menikam ibunya selepas gagal menyediakan kari ayam. – Sekadar Gambar Hiasan

 

NEW DELHI: Seorang lelaki India marah dan membunuh ibunya yang tua selepas wanita itu tidak menyediakan memasak lauk kari ayam untuk makan tengah hari.

Dalam kejadian di Badepuram, Guntur, Andhra Pradesh itu, Bejjam Kishore, 45, membeli ayam pada Ahad lalu dan memberi kepada ibunya, Bejjam Mariamma, 80, lapor Times of India.

Dia yang juga kaki botol pulang beberapa jam kemudian dalam keadaan mabuk sebelum naik berang selepas mendapati makanan diminta itu tidak dihidangkan.

Kishore, yang pernah bekerja sebagai pengamal perubatan tempatan, menjerit memarahi ibunya sebelum menikamnya.

Mangsa mati di tempat kejadian manakala Kishore kini diburu polis. – DailyMail/HMetro

Komen


Berita Berkaitan