Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Karenah birokrasi dalam permohonan lesen perniagaan akan diatasi

7:41pm 07/02/2016 Leolerry Lajius 162 views Tempatan
Datuk Yeoh ketika melawat pasar terbuka tersebut.

Datuk Yeoh ketika melawat pasar terbuka tersebut.

KOTA KINABALU: Karenah birokrasi dalam pengurusan meluluskan lesen untuk berniaga akan dikurangkan dan diatasi dengan kadar segera.

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, langkah mengatasi karenah birokrasi yang menyebabkan kelulusan lesen berniaga dalam tempoh masa yang lama ini, adalah sebagai usaha menggalakkan masyarakat agar melibatkan diri dalam perniagaan.

“Berniaga adalah satu keutamaan untuk masyarakat dan mana-mana individu yang mengalami masalah dalam permohonan lesen perniagaan boleh berjumpa terus dengan saya,” katanya kepada media ketika membuat lawatan ke pasar terbuka berhampiran pasar besar Kota Kinabalu petang tadi.

Beliau turut menyatakan bahawa aspek kebersihan di sekitar Kota Kinabalu merupakan elemen yang penting dan menjadi keutamaan beliau sebagai mayor di bandaraya ini.

“Aspek kebersihan bandaraya ini merupakan keutamaan bagi pihak kita, kerana ia mempengaruhi aspek pelancongan memandangkan negeri ini terkenal sebagai pusat pelancongan,” katanya.

Menurut beliau lagi, berdasarkan statistik ketika ini, terdapat enam juta pelancong yang melalui Kota Kinabalu yang melibatkan 172 penerbangan keluar dan masuk dalam sehari.

Pasar terbuka tersebut disertai oleh 540 buah kedai dan pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan pementasan. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan