Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,659

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Karate tumpas beruang

10:02am 03/09/2016 Pak Roshan 1518 views Global
AOKI menceritakan pengalamannya tumpaskan beruang.

AOKI menceritakan pengalamannya tumpaskan beruang.

Tokyo: Seorang warga emas menggunakan ilmu karatenya untuk menewaskan beruang hitam setinggi 1.9 meter yang menyerangnya ketika memancing di sungai.

Atsushi Aoki, 63, berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba diserang beruang itu tetapi enggan mengalah walaupun dicakar dan digigit termasuk di kepala berulang kali, tidak ubah seperti watak bintang Hollywood Leonardo Di Caprio dalam filem The Revenant.

“Beruang itu begitu ganas dan kuat menyebabkan saya terbaring. Ia kemudian membalikkan badan saya dan menggigit kaki.

“Namun saya enggan mengalah dan terus menggunakan ilmu karate untuk melawannya. Ketika itu yang terlintas di fikiran, sama ada saya atau beruang itu akan mati. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan