Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,741

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KAPSA hargai sumbangan Felicia Mikat

8:17pm 23/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 81 views Sukan,Tempatan
Felicia (3 dari kiri) menerima sumbangan penghargaan daripada Saidi (3 dari kanan) disaksikan oleh ibu bapa Felicia dan Yunus

Felicia (tiga dari kiri) menerima sumbangan penghargaan daripada Saidi (tiga dari kanan) disaksikan oleh ibu bapa Felicia dan Yunus

KENINGAU- Kelab Anggota Jabatan Penerangan Sabah (KAPSA) menyampaikan inisiatif​ penghargaan kepada atlet paralimpik, Felicia Mikat, 16, di kediamannya, hari ini.

Penasihat kelab itu, Dato’ Mohd Saidi Hj Sariah berkata inisiatif tersebut merupakan salah suatu aktiviti sosial kelab dalam membantu ahli kelab dan juga kepada masyarakat yang memerlukan.

“Sumbangan ini sebagai penghargaan kepada adik Felicia di atas kejayaan beliau mengharumkan nama Sabah dan Malaysia khasnya di luar negara.

“Kami berharap inisiatif ini juga akan dapat memberi suntikan semangat kepada masyarakat Malaysia khasnya di Sabah untuk melahirkan lebih ramai adik Felicia di negara ini.

​​“Bakat-bakat muda ini bukan sahaja akan membawa nama Sabah tetapi juga nama Malaysia ke peringkat dunia,” katanya.

Felicia berasal dari Tambunan, Sabah berjaya memenangi tiga acara iaitu larian 100 meter, 200 meter dan 400 meter wanita bagi kategori T13 (masalah penglihatan) pada temasya Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah merangkap Timbalan ​Pengerusi KAPSA, Yunus Haji Saprin dan Ahli-ahli Jawatankuasa KAPSA.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan