Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kapal tunda tanpa anak kapal, enjin masih hidup ditemukan

8:12pm 18/07/2016 Pak Roshan 4713 views Lahad Datu,Mutakhir,Tempatan
rashid

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd. Rashid Harun

KOTA KINABALU 18 Julai – Sebuah kapal tunda dengan enjin masih hidup tetapi tanpa anak kapal ditemukan di perairan Dent Haven berhampiran Lahad Datu, hari ini.

Kapal tunda tersebut ditemukan sekumpulan nelayan pada pukul 3 petang ini yang segera melaporkannya kepada pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom). Sehingga kini, pihak berkuasa difahamkan masih lagi berusaha menghubungi pemilik kapal berkenaan untuk mengetahui perkara sebenar yang telah berlaku. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd. Rashid Harun ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menunggu laporan dan pengesahan mengenai perkara itu.  – Utusan Online

gambar hiasan

gambar hiasan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan