Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kapal Tentera Laut Diraja Brunei berlabuh di PTKK

5:00pm 18/11/2015 Leolerry Lajius 149 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU: Kapal Tentera Laut Diraja Brunei(TLDB)  KDB DARUTTAQWA dan KDB SYAFAAT berlabuh di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) pagi tadi setelah selesai program fasa laut selama tiga hari bersama KD KELANTAN dan KD JERONG di sekitar perairan Brunei dan Sabah

Menurut Pegawai Staf Peperangan TLDM Leftenan Komander Mohd Hanis Bin Kasim kunjugan itu adalah berikutan Eksesais HORNBILL gabungan antara TLDM dan TLDB yang dilaksanakan dari 13 hingga 20 November tahun ini.

“Eksesais ini diwujudkan untuk meningkatkan kerjasama dua hala kedua-dua negara di samping meningkatkan kemahiran dan kesiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan,”katanya.

Kapal TLDB dijangka berada di PTKK selama tiga hari sebagai fasa penutupan Eksesais yang dijangka berlansung pada 19 November di Auditorium Markas Angkatan Kapal Selam yang akan disaksikan oleh Panglima Markas Wilayah Laut 2, Panglima Angkatan Kapal Selam serta Panglima Armanda TLDB. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

12244018_1007142392679372_1907252490_n

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan