Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,761

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kapal Tangki Hilang 3 minggu Lalu Ditemui Hanyut Tanpa Kru

10:45am 10/05/2016 Pak Roshan 3776 views Global
Kapal tangki membawa muatan minyak

Kapal tangki membawa muatan minyak

Sebuah kapal tangki membawa muatan minyak, Tamaya 1 yang hilang secara misteri sejak April lalu telah ditemui hanyut di pantai Liberia.

Namun apa yang menghairankan tidak ada seorang pun kru berada di dalamnya.

Keadaan itu mengejutkan penduduk yang menemuinya kapal berkenaan lalu menghubungi polis.

Malangnya polis mengambil masa beberapa hari untuk tiba di lokasi penemuan kapal tersebut.

Kapal tangki sepanjang 64 meter itu dalam perjalanan ke Pelabuhan Sengalese dari Dakar apabila ia hilang. Kali terakhir Tamaya 1 dilihat adalah pada 21 April lalu.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kemana perginya kru kapal yang berdaftar di Panama itu.

“Kemungkinan pemilik kapal itu telah muflis dan tidak mempunyai wang untuk membayar krunya. Sebab itulah mereka meninggalkan kapal terbabit,” kata sumber dalaman pihak berkuasa pelabuhan itu.

Pihak berkuasa kini cuba menghalang penduduk tempatan daripada mendekati kapal terbabit ketika siasatan dijalankan.

-mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan